0 0

No products in the cart.

Return To Shop
0 0

No products in the cart.

Return To Shop

Program Restok

Program Restock direka khas untuk membantu usahawan yang sudah berdaftar dengan Halal Street UK untuk menambah stok produk mereka di UK dengan mudah dan berkesan.

Program ini menawarkan pelbagai pilihan penghantaran, jualan, dan peluang promosi bagi memastikan produk anda sentiasa tersedia di pasaran UK.

1️⃣ Hantar Produk Tambahan ke UK
Pilih kaedah penghantaran yang sesuai:

– Air Freight – Penghantaran lebih pantas, tetapi lebih mahal.

– Sea Freight – Lebih menjimatkan untuk penghantaran dalam kuantiti besar ke gudang pemenuhan kami di UK, tetapi akan lambat untuk sampai ke UK.

2️⃣ Jualan & Promosi di UK
Produk anda akan disenaraikan di platform e-dagang Halal Street UK dan dipasarkan kepada pelanggan UK melalui pelbagai saluran pemasaran. Tingkatkan jualan dengan menyertai promosi eksklusif, kempen jualan bermusim, serta kolaborasi dengan influencer (bergantung pada terma dan syarat berlainan), newsletter dan program sampel bagi meningkatkan kesedaran jenama.

3️⃣ Pilih Berat & Jenis Penghantaran
Tentukan berat dan kaedah penghantaran yang sesuai, kemudian buat pembayaran secara atas talian.

Manfaat Program Restok

✔ Produk sentiasa tersedia di pasaran UK
✔ Meningkatkan jenama & jualan melalui promosi strategik
✔ Akses ke gudang pemenuhan untuk penghantaran lebih cepat
✔ Peluang menyertai kempen pemasaran di UK
✔ Sokongan penuh Halal Street UK bagi mengoptimumkan kejayaan produk anda
✔ Menyediakan perkhidmatan logistik, newsletter, pelabelan mengikut peraturan, serta gudang bertaraf 5 bintang di Leicester

Sertai Program Restok Sekarang!

Untuk menyertai program ini, anda mesti sudah mendaftar menjadi usahawan Halal Street UK. Jika belum berdaftar, sila daftar melalui pautan berikut: Daftar Sebagai Usahawan

Soalan - soalan lazim

Apakah Program Restok Halal Street UK?

Program ini membantu usahawan yang berdaftar dengan Halal Street UK menambah stok produk mereka di UK melalui pelbagai pilihan penghantaran, jualan, dan promosi bagi memastikan produk sentiasa tersedia di pasaran UK.

Bagaimana saya akan menerima pembayaran selepas produk terjual di UK?

Selepas produk anda terjual, pembayaran akan diproses mengikut syarat berikut:

– Pembayaran dibuat secara berkala (contohnya, setiap bulan) bergantung kepada polisi pembayaran Halal Street UK.

– Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank anda. Pastikan anda telah memberikan maklumat akaun yang sah semasa pendaftaran.

Siapa yang boleh menyertai program ini?

Hanya usahawan yang telah berdaftar dengan Halal Street UK boleh menyertai program ini. Jika anda belum berdaftar, sila daftar terlebih dahulu di pautan berikut: Daftar Sekarang Sebagai Usahawan.

Bagaimana cara menghantar stok ke UK?

Anda boleh memilih dua kaedah penghantaran:

– Air Freight – Penghantaran lebih pantas, tetapi lebih mahal.

– Sea Freight – Lebih menjimatkan untuk penghantaran dalam kuantiti besar ke gudang pemenuhan kami di UK, tetapi akan lambat untuk sampai ke UK.

Di mana produk saya akan disimpan setelah tiba di UK?

Produk anda akan disimpan di gudang pemenuhan bertaraf 5 bintang di Leicester Halal Street UK, yang membolehkan penghantaran lebih cepat kepada pelanggan di UK.

Bagaimana produk saya akan dijual di UK?

Produk anda akan disenaraikan di platform e-dagang Halal Street UK dan dipasarkan melalui pelbagai saluran seperti media sosial, influencer (Bergantung dengan terma dan syarat berlainan), newsletter dan promosi khas untuk pelanggan UK.

Adakah saya boleh menghantar produk untuk tujuan promosi?

Ya! Anda boleh menggunakan sebahagian stok anda untuk tujuan pemasaran, kolaborasi dengan influencer (Bergantung dengan terma dan syarat berlainan), dan program sampel bagi meningkatkan kesedaran jenama.

Adakah terdapat sebarang caj untuk menyertai program ini?

Caj penyertaan termasuk penghantaran, pelabelan mengikut peraturan, gudang dan promosi.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk penghantaran ke UK?

– Air Freight: 7–10 hari bekerja

– Sea Freight: 6–9 minggu, bergantung pada jadual penghantaran

Bagaimana saya boleh menyertai kempen promosi dan jualan?

Halal Street UK akan menghubungi anda dengan peluang promosi yang sesuai. Anda juga boleh berhubung dengan pasukan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang sedang berlangsung.

Apa yang perlu saya lakukan sebelum menyertai Program Restok ini?

 

– Pastikan anda berdaftar sebagai usahawan Halal Street UK.

– Pilih kaedah penghantaran yang sesuai.

– Sediakan stok yang mencukupi untuk pasaran UK antara 10-50 KG.

– Bersedia untuk menyertai kempen pemasaran bagi meningkatkan jualan produk anda.

📌 Penafian (Disclaimer) – Program Restock Halal Street UK

Halal Street UK berhak menentukan produk yang layak untuk dihantar dan dijual di pasaran UK berdasarkan garis panduan dan kesesuaian pasaran. Sebarang kelewatan penghantaran akibat faktor luar seperti pelepasan kastam, kesesakan logistik, atau faktor lain adalah di luar tanggungjawab Halal Street UK. Kami juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isu berkaitan produk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerosakan, tamat tempoh, atau ketidakpatuhan kepada peraturan import UK—usahawan bertanggungjawab memastikan produk memenuhi standard yang ditetapkan. Semua kos penghantaran, cukai, dan caj tambahan lain adalah tanggungjawab penuh usahawan, dan Halal Street UK tidak menanggung sebarang bayaran tambahan yang mungkin dikenakan semasa proses penghantaran atau pelepasan kastam.