Program ini membantu usahawan yang berdaftar dengan Halal Street UK menambah stok produk mereka di UK melalui pelbagai pilihan penghantaran, jualan, dan promosi bagi memastikan produk sentiasa tersedia di pasaran UK.
Bagaimana saya akan menerima pembayaran selepas produk terjual di UK?
Selepas produk anda terjual, pembayaran akan diproses mengikut syarat berikut:
Pembayaran dibuat secara berkala (contohnya, setiap bulan) bergantung kepada polisi pembayaran Halal Street UK.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank anda. Pastikan anda telah memberikan maklumat akaun yang sah semasa pendaftaran.
Siapa yang boleh menyertai program ini?
Hanya usahawan yang telah berdaftar dengan Halal Street UK boleh menyertai program ini. Jika anda belum berdaftar, sila daftar terlebih dahulu di pautan berikut: Daftar Sekarang Sebagai Usahawan.
Bagaimana cara menghantar stok ke UK?
Anda boleh memilih dua kaedah penghantaran:
– Air Freight – Penghantaran lebih pantas, tetapi lebih mahal.
– Sea Freight – Lebih menjimatkan untuk penghantaran dalam kuantiti besar ke gudang pemenuhan kami di UK, tetapi akan lambat untuk sampai ke UK.
Di mana produk saya akan disimpan setelah tiba di UK?
Produk anda akan disimpan di gudang pemenuhan Halal Street UK, yang membolehkan penghantaran lebih cepat kepada pelanggan di UK.
Bagaimana produk saya akan dijual di UK?
Produk anda akan disenaraikan di platform e-dagang Halal Street UK dan dipasarkan melalui pelbagai saluran seperti media sosial, influencer (Bergantung dengan terma dan syarat berlainan), newsletter dan promosi khas untuk pelanggan UK.
Adakah saya boleh menghantar produk untuk tujuan promosi?
Ya! Anda boleh menggunakan sebahagian stok anda untuk tujuan pemasaran, kolaborasi dengan influencer (Bergantung dengan terma dan syarat berlainan), dan program sampel bagi meningkatkan kesedaran jenama.
Adakah terdapat sebarang caj untuk menyertai program ini?
Caj penyertaan termasuk penghantaran, pelabelan mengikut peraturan, gudang dan promosi.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk penghantaran ke UK?
– Air Freight: 7–10 hari bekerja
– Sea Freight: 6–9 minggu, bergantung pada jadual penghantaran
Bagaimana saya boleh menyertai kempen promosi dan jualan?
Halal Street UK akan menghubungi anda dengan peluang promosi yang sesuai. Anda juga boleh berhubung dengan pasukan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang sedang berlangsung.
Apa yang perlu saya lakukan sebelum menyertai Program Restok ini?
– Pastikan anda berdaftar sebagai usahawan Halal Street UK.
– Pilih kaedah penghantaran yang sesuai.
– Sediakan stok yang mencukupi untuk pasaran UK.
– Bersedia untuk menyertai kempen pemasaran bagi meningkatkan jualan produk anda.