0 0

No products in the cart.

Return To Shop
0 0

No products in the cart.

Return To Shop

Program Ujian Pasaran United Kingdom

Program Ujian Pasaran United Kingdom (P.U.P.U.K) adalah sebuah program khas yang bertujuan untuk memperkenalkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Melalui PUPUK, kami akan berkongsi pelbagai tips dan strategi untuk memasuki pasaran UK, termasuk servis platform, logistik, pelekat persijilan, pemasaran, dan servis gudang.

Program ini juga membantu usahawan menaik taraf perniagaan mereka dari jualan B2C kepada tahap yang lebih tinggi.

Syarat Penyertaan Program

Untuk menyertai program ini, usahawan perlu memenuhi syarat berikut:
– SSM yang sah
– Produk Buatan Malaysia
– Syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia

Manfaat yang Akan Diperolehi

Dengan menyertai PUPUK, anda akan mendapat:
– Platform jualan B2C untuk memasarkan produk ke UK
– Pembelian terus bernilai RM500 untuk menyokong penyertaan awal
– Pelekat pensijilan untuk memenuhi keperluan standard pasaran UK
– Pemasaran melalui newsletter
– Servis logistik untuk penghantaran ke UK
– Penterjemahan bahasa & nasihat profesional bagi membantu komunikasi dengan pelanggan UK
– Servis gudang bertaraf 5 bintang di Leicester, UK untuk menyimpan stok dengan selamat dan efisien

Hasil yang Anda Akan Capai

– Mengeksport dengan mudah – Kami sediakan platform, logistik, dan pemasaran untuk bantu anda ke pasaran UK.
– Menjana jualan dalam mata wang Pound (£) – Dapatkan pulangan lebih tinggi dengan pelanggan antarabangsa.
– Manfaatkan geran MATRADE – Yuran penyertaan RM5,000 boleh diklaim semula melalui geran.
– Memperkenalkan produk Malaysia ke peringkat antarabangsa – Bantu jenama anda dikenali di luar negara.

Testimoni Usahawan

Lihat testimoni usahawan yang berjaya menembusi pasaran UK di sini. Mereka telah meningkatkan jualan dan mengukuhkan jenama di peringkat antarabangsa.

Berminat? Klik link di bawah untuk mendaftar sebagai usahawan Halal Street UK!

Soalan - soalan lazim

Adakah program ini berbayar?

Ya, program ini berharga RM5,000. Namun, usahawan boleh menuntut semula bayaran ini melalui MATRADE di bawah skim sokongan yang disediakan. Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai Geran MATRADE: MATRADE eTrade Programme.

Berapa lama program ini berlangsung?

Program ini berlangsung selama setahun selepas produk anda sampai ke UK. Sepanjang tempoh ini, produk akan dipasarkan dan dijual di platform jualan yang disediakan.

Adakah saya perlu menghantar stok dalam jumlah besar ke UK?

Tidak perlu. Usahawan boleh menghantar produk bernilai RM500 kepada kami sebagai permulaan untuk pemasaran dan jualan di UK.

Siapa yang boleh menyertai program ini?

Mana-mana usahawan yang mempunyai perniagaan berdaftar dengan SSM, produk Buatan Malaysia, dan Syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia boleh menyertai program ini.

Adakah produk saya perlu memiliki sijil halal?

Kami menerima produk buatan Muslim. Usahawan bukan Muslim juga boleh menyertai, tetapi produk mereka mesti mempunyai sijil halal yang sah. Bagi usahawan Muslim, memiliki sijil halal adalah lebih baik dan digalakkan.

Bagaimana produk saya akan dihantar ke UK?

Kami menyediakan perkhidmatan logistik untuk membantu penghantaran ke UK melalui penghantaran udara dan penyimpanan gudang di Leicester.

Bagaimana pemasaran produk saya dilakukan di UK?

Produk anda akan dipromosikan melalui :-

– Iklan digital di laman web Halal Street UK
– Media sosial (Facebook, Instagram, TikTok)
– Newsletter kepada 15,000 pengguna di UK
– Pelbagai aktiviti pemasaran lain untuk menarik perhatian pembeli di UK.

Adakah saya perlu mempunyai pengalaman eksport sebelum menyertai?

Tidak perlu. PUPUK direka khas untuk membantu usahawan baru yang ingin memulakan eksport ke UK.

Apakah jenis produk yang sesuai untuk program ini?

Produk yang sesuai untuk pasaran UK:

– Buku pendidikan
– Fesyen
– Manisan
– Produk kecantikan & kesihatan
– Produk bayi
– Makanan

Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai usahawan Halal Street UK?

Mudah sahaja! Klik link di disini untuk mendaftar sebagai usahawan Halal Street UK!