Borang Pendaftaran Program Ujian Pasaran United Kingdom
"*" indicates required fields
Soalan - soalan lazim
Adakah program ini berbayar?
Ya, program ini berharga RM5,000. Namun, usahawan boleh menuntut semula bayaran ini melalui MATRADE di bawah skim sokongan yang disediakan. Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai Geran MATRADE: MATRADE eTrade Programme.
Berapa lama program ini berlangsung?
Program ini berlangsung selama setahun selepas produk anda sampai ke UK. Sepanjang tempoh ini, produk akan dipasarkan dan dijual di platform jualan yang disediakan.
Adakah saya perlu menghantar stok dalam jumlah besar ke UK?
Tidak perlu. Usahawan boleh menghantar produk bernilai RM500 kepada kami sebagai permulaan untuk pemasaran dan jualan di UK.
Siapa yang boleh menyertai program ini?
Mana-mana usahawan yang mempunyai perniagaan berdaftar dengan SSM, produk Buatan Malaysia, dan Syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia boleh menyertai program ini.
Adakah produk saya perlu memiliki sijil halal?
Kami menerima produk buatan Muslim. Usahawan bukan Muslim juga boleh menyertai, tetapi produk mereka mesti mempunyai sijil halal yang sah. Bagi usahawan Muslim, memiliki sijil halal adalah lebih baik dan digalakkan.
Bagaimana produk saya akan dihantar ke UK?
Kami menyediakan perkhidmatan logistik untuk membantu penghantaran ke UK melalui penghantaran udara dan penyimpanan gudang di Leicester.
Bagaimana pemasaran produk saya dilakukan di UK?
Produk anda akan dipromosikan melalui :-
– Iklan digital di laman web Halal Street UK – Media sosial (Facebook, Instagram, TikTok) – Newsletter kepada 15,000 pengguna di UK – Pelbagai aktiviti pemasaran lain untuk menarik perhatian pembeli di UK.
Adakah saya perlu mempunyai pengalaman eksport sebelum menyertai?
Tidak perlu. PUPUK direka khas untuk membantu usahawan baru yang ingin memulakan eksport ke UK.
Apakah jenis produk yang sesuai untuk program ini?
Produk yang sesuai untuk pasaran UK:
– Buku pendidikan – Fesyen – Manisan – Produk kecantikan & kesihatan – Produk bayi – Makanan
Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai usahawan Halal Street UK?
Mudah sahaja! Klik linkdi disiniuntuk mendaftar sebagai usahawan Halal Street UK!