Program pembaharuan ini membolehkan usahawan meneruskan penjualan produk mereka di Halal Street UK dan mengekalkan akses ke pasaran UK.
Berapa lama tempoh sah selepas pembaharuan?
Tempoh sah selepas pembaharuan adalah 1 tahun. Usahawan perlu memperbaharui semula selepas tempoh tersebut untuk terus menjual di Halal Street UK.
Siapa yang perlu membuat pembaharuan?
Semua usahawan yang sudah berdaftar dengan Halal Street UK dan ingin terus menjual di Halal Street UK perlu memperbaharui penyertaan mereka.
Bagaimana proses pembaharuan dilakukan?
– Isi borang pembaharuan dengan maklumat terkini. – Buat bayaran pembaharuan. – Tunggu pengesahan daripada pihak Halal Street UK.
Berapa lama proses pembaharuan akan disahkan?
Proses pengesahan biasanya mengambil masa 2-3 hari bekerja setelah borang dan pembayaran diterima.
Berapakah yuran pembaharuan?
Yuran pembaharuan akan dimaklumkan kepada usahawan selepas mengisi borang pembaharuan.
Apakah kelebihan memperbaharui penyertaan?
– Terus boleh menghantar produk ke UK. – Kekal menjual di Halal Street UK. – Mendapat sokongan pemasaran dan promosi. – Berhubung dengan lebih ramai pelanggan berpotensi. – Mendapat info lebih berkaitan tentang geran eksport
Apa yang berlaku jika saya tidak memperbaharui penyertaan?
Jika pembaharuan tidak dilakukan, produk anda akan dikeluarkan daripada platform dan anda tidak lagi dapat menghantar produk ke UK melalui Halal Street UK.
Adakah saya perlu mengisi borang setiap kali memperbaharui?
Ya, borang pembaharuan diperlukan untuk memastikan semua maklumat perniagaan dan produk anda adalah terkini.
Bagaimana saya boleh mendapatkan bantuan mengenai pembaharuan?
Anda boleh menghubungi pasukan sokongan Halal Street UK melalui e-mel di [email protected] untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembaharuan.